Hari ini Rabu 090909, post/artikel pertama saya di blog ini.
Saudara/i tentu biasa melihat perkataan ini semasa melayari internet,” BLOG.”
Tapi apakah blog itu ? Blog adalah terbit atau ringkasan dari perkataan Weblog.
Ia adalah satu online jurnal ataupun online diary yang ditulis dengan tujuan
tertentu oleh penulis blog itu.Tujuan menjadi penulis blog /blogger
bergantung kepada kepentingan setiap penulis blog/blogger itu sendiri.
Blog biasanya dikemaskini setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.
Blog juga boleh diertikan sebagai Laman Web Peribadi.
Blog mempunyai satu sistem yang di panggil Reverse Chornoligical Order
iaitu setiap kali post atau artikel baru dimasukkan kedalam blog, artikel baru akan
berada diatas artikel lama. Ia berbeza dengan laman web biasa yang agak statik.
Pelawat atau pembaca juga boleh memberi komen atau pendapat terhadap artikel
artikel yang ditulis, itu pun jika pemilik blog itu membenarkan pembaca memberi
komen. Selalunya setiap komen akan ditapis terlebih dahulu oleh pemilik blog itu
sebelum boleh disiarkan. Ini untuk mengelakkan komen komen yang tidak disenangi
sepeti komen komen yang berunsur lucah atau sebagainya.
Blog bukan sahaja mudah diuruskan ia juga mudah untuk diindex oleh
enjin carian/ Search Engine kerana ia sentiasa dikemaskini .
Blog amat popular dikalangan usahawan internet / Internet Marketer dan boleh
dikatakan setiap dari mereka mempunyai blog mereka sendiri , macam saya ni le
kerana ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan.
Sampai sini dulu untuk post kali ini, akan bersambung pada post akan datang
dibawah tajuk yang sama.
smartnorr…… Sharing Is Caring













