Ada banyak sebab kenapa blog itu dibina. Selain dari ingin meluahkan
perasaan atau menyatakan pendapat peribadi mengenai sesuatu isu
sehinggalah blog blog yang memberi pendapatan sampingan atau
pendapatan tetap kepada pemiliknya/Blogger.
Blog boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu;-
1. Blog Peribadi
2. Blog Perniagaan
3. Blog yang khusus untuk sesuatu program seperti
Google Adsense.
Blog Peribadi/Personal Blog
Blog peribadi ini selalunya dibina dengan tujuan yang tidak
khusus iaitu tidak fokus kepada sesuatu topik. Ia lebih kepada satu
platform kepada pemilik blog itu untuk menyatakan pendapat
peribadinya terhadap apa apa saja isu ataupun hal hal peribadi
blogger itu sendiri , digunakan untuk tujuan gosip atau sengaja
nak cari pasal dengan tulisan tulisan yang menimbulkan kontroversi.
Ada juga blog peribadi ini sebagai platform untuk meraih populariti
serta sebagai ejen publisiti blogger blogger tersebut seperti blog
blog ahli politik dan artis artis.
Penulis/ blogger ini akan tampil dengan kefahaman, kepentingan serta
gaya penulisan yang berbeza beza. Gaya penulisan yang menarik
akan menjadi daya penarik kepada pembaca untuk terus menjadi
pelawat setia .
Blog peribadi ini juga selalu digunakan untuk mewujudkan jaringan
hubungan dengan blogger blogger yang lain lebih lebih lagi yang
mempunyai pemikiran yang serasi dan sehaluan.
Tulisan tulisan dari blogger ini selalunya mencerminkan
imej personaliti sebenar blogger tersebut.